Infaq Bantu Ummah

PRAY FOR JOHOR

Berita di media massa sekarang sudah padat dengan kisah-kisah mangsa banjir.
Ada yang kehilangan orang tersayang, ada yang kehilangan harta benda.

Kami di MAPIM MALAYSIA yakin ramai antara kita yang membaca dan menonton berita itu ingin turut mahu membantu, namun tidak tahu bagaimana caranya.

Atas sebab itu MAPIM Malaysia lancarkan tabung kemanusiaan untuk mangsa banjir. 

Bantuan dan sumbangan itu akan diuruskan oleh pasukan sukarelawan MAPIM RANGERS yang sudah mula menghulurkan bantuan dan punyai pengalaman luas dalam mengurus dan membantu mangsa bencana alam.

Bantuan yang diperlukan adalah makanan panas, pek hygience, selimut, pek solat manakala untuk pasca banjir, dijangkakan persediaan lebih besar perlu digerakkan

Semoga sedekah dan bantuan kita itu akan meringankan beban mangsa banjir, dan semoga ibadah kita itu diterima di sisi Allah
___________________________________________________________________________________________


“Aku pun tak ada duit, kenapa aku nak bersedekah?...” 

Sedekah bukan menunggu ketika sudah punya banyak harta,
tetapi sekiranya hati sudah terdetik, terus sahaja hulurkan berapa yang ada. Semakin sulit hidup kita ketika bersedekah, semakin tinggi ikhlasnya, semakin besar pahalanya
.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (sempurna)
sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah Ali Imran : 92)

Video: Bantuan MAPIM Malaysia dalam negara menyantuni pelbagai lapisan masyarakat mendapat liputan meluas media massa





Ada yang risau riak dengan sedekahnya?

risau tidak ikhlas sehingga menghalangnya daripada melakukan kebaikan.
Ingatlah, tidak membuat kebaikan kerana takut riak adalah riak yang sebenar. 


Fokus kepada kebaikan yang penerima akan peroleh daripada sedekah itu.
Fokus kepada mereka, jangan fokus pada diri kita. Mudah-mudahan, atas asbab itu Allah buang rasa riak itu daripada hati dan gantikan dengan ikhlas dan rezeki yang berkat.


Bayangkan kegembiraan ibu tunggal yang ramai anak, atau orang tua yang rumahnya uzur, apabila menerima sumbangan sedekah kita. Bayangkan juga sekiranya kita yang berada di posisi mereka. Betapa gembiranya kita apabila ada yang bersedekah kepada kita. Kita perlu ingat hidup seperti roda. Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat.

Video: Liputan MAPIM Malaysia misi banjir Mentakab Pahang Disember 2021

Video: Liputan MAPIM Malaysia misi banjir Hulu Langat Disember 2021


Video: Liputan MAPIM Malaysia misi banjir

Video: Liputan Tim MAPIM Malaysia baiki rumah Asnaf ke-10 sewaktu Jelajah Peduli Ummah 
 


APA YANG SAYA PEROLEH DENGAN SEDEKAH?


1 - Orang yang berjaya adalah yang suka bersedekah

“.... sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi
oleh tabiat bakhilnya mereka adalah orang-orang yang berjaya.”
(Surah al-Hashr : 9)

Rasulullah S.A.W bersabda,
“Apakah engkau suka apabila hatimu menjadi lunak (lembut) dan dapat mencapai apa yang diperlukan; kasihanilah anak yatim; usaplah kepalanya dan berilah dia makan daripada makananmu, nescaya hatimu lunak dan engkau memperoleh apa yang dihajati.
(Hadis riwayat Thabrani melalui Abu Darda)

Memberi makan anak yatim, orang miskin dan mereka yang lapar adalah amalan yang tinggi darjatnya di sisi Allah. Ia juga adalah amalan yang akan melembutkan hati pemberi dan seterusnya memberi jalan untuk memperoleh apa yang dihajati.


2 - Sedekah tidak mengurangkan harta

Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
“Tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Malah Allah akan menggantikan setiap apa yang disedekahkan itu.

“Katakanlah : Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dia juga sebaik-baik Pemberi rezeki.”
(Surah Saba' : 39)


3 - Sedekah adalah musuh syaitan

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan
(jika kamu bersedekah ataupun menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji
(bersifat bakhil kedekut) ; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya
serta kelebihan kurnia-Nya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi Pengetahuan-Nya.”
(Al-Baqarah 2:268)



Allahuakbar!!
Itu semua 'hadiah' yang Allah beri kepada pemberi sedekah, semoga kita antara yang terpilih untuk menerima 'hadiah' itu. 

Ingatlah, harta sebenar kita bukanlah harta yang ada di dunia, tetapi harta yang kita sudah belanjakan ke jalan Allah, harta yang sudah kita sedekahkan kepada yang memerlukan. Itulah harta yang akan kita bawa ke akhirat.

Video: Liputan bantuan kilat MAPIM Malaysia untuk Banjir Pahang 2021


MAPIM MALAYSIA
MENGURUSKAN AMANAH ANDA

Ada yang punya harta tetapi tidak ada masa, ada yang mahu memberi tetapi tidak tahu kepada siapa. Ada juga yang mahu sedekahnya menjadi rahsia.  Walau apapun kekangan, MAPIM Malaysia akan membantu menguruskan sedekah anda untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 

MAPIM Malaysia yang sudah 12 tahun pengalaman dalam kerja santuni Ummah dan  mempunyai pasukan yang dedikasi bagi menguruskan amanah Ummah. Sama ada diuruskan dalam bantuan makanan, membina kembali rumah asnaf yang uzur, bantuan persekolahan, membina masjid, hatta membantu dalam sektor khidmat kesihatan serta bantuan lain yang terdesak memahami kita masih berada dalam perang melawan covid-19

Video: Liputan Ummah Double-decker Mobile Clinic milik MAPIM Malaysia yang beri khidmat percuma ke serata negeri


Untuk itu, MAPIM Malaysia merayu kepada rakyat Malaysia yang dermawan bagi teruskan menyumbang, supaya lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu. Kerana membantu mereka yang memerlukan, sebenarnya adalah membantu urusan dunia dan akhirat kita. Insya-Allah.


Mahukah anda? Ayuh besarkan jiwa, jangan disimpan niat yang terlintas itu, bertindaklah sekarang!



Sekiranya hati sudah terdetik,
jangan tunggu. Itulah petanda, Allah sayangkan kita.
Teruskan bersedekah.





MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
(MAPIM MALAYSIA)


Wisma MAPIM Malaysia (Ibu Pejabat)
No 25 (2nd Floor) Wisma MAPIM Malaysia,
Jalan Puteri 3/2A, 43000 Kajang.
Selangor

Talian Hotline : 1300-888-038
Whatapps  : 012-800-2016

   Email  : admin@mapim.org


Anugerah & Pengiktirafan



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Sedekah Seikhlas Hati
RM500 - Infaq Bantuan Bencana dalam & luar negara (Sepanjang Tahun)
RM120 - Bantuan 'Food Box' untuk Asnaf/Fakir/Mualaf/Mangsa Bencana (Bantuan Sepanjang Tahun)
RM500 - Bantuan Baiki/Bina Rumah Asnaf/Fakir (Bantuan Sepanjang Tahun)
RM300 - Infaq Khidmat Ambulance & Mobile Clinic Wakaf MAPIM
RM100 - Bantuan 'Solat Kit' untuk Asnaf/Fakir/Mualaf/Mangsa Bencana (Bantuan Sepanjang Tahun)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN